Pengalaman sendiri · Diagnosis · Kos sebenar
Malam sejuk, aircond OK. Tengah hari terik, tetiba tak sejuk. Macam mana boleh jadi macam tu? Saya pun pelik — sampailah saya tahu apa punca sebenarnya. Artikel ni rekod pengalaman sendiri, untuk rujukan sendiri dan orang yang emerlukannya di masa hadapan yang ada masalah sama.
Simptom
Apa yang saya alami
- Waktu malam atau cuaca mendung — aircond sejuk, tiada masalah
- Tengah hari panas terik — aircond perlahan-lahan jadi hambar, tak sejuk langsung
- Sama je sama ada jalan laju atau parking — bukan isu kipas atau airflow
- Masih ada bunyi “klik” bila compressor engage — maknanya compressor masih cuba bekerja
Apa yang saya sangka (tapi salah)
Dugaan awal yang keliru
- Gas aircond dah habis? — Tapi kalau gas habis, takkan sejuk langsung, siang atau malam
- Sensor rosak? — Mungkin, tapi sensor problem biasanya tak bergantung pada cuaca
- Compressor dah kong? — Toyota service ada hint pasal magnetic clutch, tapi saya nak confirm dulu sendiri
- Di Toyota Service Centre, mereka cakap kalau mahu cepat, bagus cari kedai diluar sebab mereka pun kena layan queue yang panjang.
Ujian sendiri
Test mudah yang boleh buat sendiri
Sebelum hantar kedai, saya buat ujian ringkas untuk confirm masalah:
- Park kereta di bawah panas matahari — biar kereta betul-betul panas dulu
- Hidupkan enjin dan aircond, biarkan 5–10 minit
- Perhatikan suhu keluar dari vent — mula sejuk, tapi kemudian makin lama makin suam
Hasilnya tepat seperti simptom: mula-mula boleh sejuk, lepas tu perlahan-lahan jadi tak sejuk. Ini dah cukup untuk confirm — bukan gas, bukan sensor. Ini masalah mekanikal yang berkaitan dengan haba.
Punca sebenar
Magnetic clutch yang dah lemah
Magnetic clutch adalah bahagian yang “grip” pulley compressor supaya compressor boleh pusing dan mampat gas sejuk. Bila ia lemah, ia mula slip apabila suhu tinggi — macam brake pad yang dah nipis, makin panas makin tak makan.
- Compressor masih engage (sebab tu ada bunyi klik) — tapi ia tak pusing dengan kuat
- Waktu sejuk, magnetic clutch masih mampu grip — sebab tu malam OK
- Waktu panas, grip lemah dan slip — compressor separuh jalan, aircond jadi hambar
- Makin lama berjalan, makin panas, makin teruk
Penyelesaian
Apa yang kena tukar
Setelah confirm dengan kedai aircond yang dah ada pengalaman dengan unit Hilux Vigo, diagnosis adalah sama — magnetic clutch dah lemah dan perlu diganti. Pilihan terbaik: tukar set magnetic clutch, bukan tukar compressor keseluruhan.

- Coil (bahagian magnet yang buat grip)- Right (red ring with wire): Magnetic coil
- Top – Pulley bearing (supaya putaran lancar)
- Bottom -Clutch plate (bahagian yang “tangkap” dan transmit kuasa)
Jenama yang digunakan: Denso (OEM) — part nombor 88410. Ini bukan sekadar pilihan murah, Denso adalah pembekal asal komponen Toyota.
Kos
Berapa yang kena bayar
Compressor Pulley – Baru RM480
Upah pasang RM60
Jumlah RM540.00- Tanpa Warranty.
Kira dulu baru decide — tukar clutch sahaja jimat lebih separuh kos berbanding tukar compressor baru. Selagi compressor masih OK secara mekanikal, tak perlu bazir.
Tempat repair
Kedai yang saya pergi
Teck Kong Auto Aircond
Jalan Stephen Yong, Kuching, Sarawak
Keputusan
Selepas repair
- Test waktu tengah hari panas — aircond kekal sejuk, tiada drop
- Tiada lagi masalah “mula sejuk, lepas tu hambar”
- Masalah selesai sepenuhnya