Kira Gaji Anda: Kalkulator KWSP, SOCSO & EIS Terkini

Kira Gaji Anda: Kalkulator KWSP, SOCSO & EIS Terkini

Kiraan tepat berdasarkan Jadual 2025/2026 untuk kirasemua.com


KWSP: Simpanan hari tua.

SOCSO: Perlindungan kemalangan/penyakit masa kerja.

EIS: Perlindungan jika hilang punca pendapatan (hilang kerja).

Kenapa Gaji Anda Kena Potong EIS (SIP)? ☂️

1. “Payung” Sebelum Hujan (Insurans Kehilangan Pekerjaan) EIS bukan simpanan, ia adalah insurans. Anda bayar sedikit setiap bulan supaya jika satu hari nanti syarikat anda tutup, muflis, atau anda kena VSS/MSS, anda tidak “terkontang-kanting” tanpa duit belanja.

2. Gaji Ganti (Elaun Mencari Pekerjaan) Jika anda hilang kerja (bukan sebab berhenti sendiri atau disiplin), PERKESO akan membayar anda Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) selama 3 hingga 6 bulan.

  • Bulan pertama: Anda boleh dapat sehingga 80% daripada gaji anggapan anda.
  • Ini sangat membantu untuk bayar sewa rumah dan makan sementara cari kerja baru.

3. Bantuan Cari Kerja & Latihan Bukan sekadar bagi duit, EIS juga membiayai latihan kemahiran (re-skilling) dan membantu anda padankan resume dengan kerja baru melalui portal MyFutureJobs.


Jadual Ketiga KWSP


Jadual PERKESO


Penafian (Disclaimer)

1. Untuk Tujuan Rujukan Sahaja Semua hasil kiraan yang dihasilkan oleh kalkulator ini adalah untuk tujuan rujukan dan anggaran umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan data ini setepat mungkin mengikut Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 (Kemas kini 2025) dan Akta 4 PERKESO (Siling RM6,000), jumlah sebenar dalam slip gaji anda mungkin berbeza mengikut ketetapan majikan, tarikh pembayaran, atau sebarang perubahan undang-undang saat akhir.

2. Tiada Nasihat Kewangan Rasmi Segala nota automatik, amaran “Zon Merah/Nazak”, serta pengkelasan kategori B40, M40, atau T20 adalah bersifat pendidikan dan hiburan (fun notes). Kami bukan penasihat kewangan bertauliah. Sebarang keputusan besar seperti membeli kereta mewah, mengambil pinjaman bank, atau meletak jawatan tidak seharusnya dibuat berdasarkan kalkulator ini semata-mata.

3. Liabiliti “Biskut Kering” Pihak kirasemua.com tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda benar-benar terpaksa makan biskut kering di kampung akibat pengurusan kewangan yang kurang mantap. Amaran yang kami berikan adalah untuk kesedaran kendiri sahaja!

4. Perubahan Data Statutori Kadar caruman KWSP, SOCSO, dan EIS (SIP) tertakluk kepada pengumuman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa. Kami berhak mengubah logik pengiraan tanpa notis awal untuk memastikan ia selari dengan undang-undang Malaysia terkini.

5. Penggunaan Data Kami menghormati privasi anda. Kalkulator ini tidak menyimpan maklumat gaji atau data peribadi yang anda masukkan di dalam pelayan (server) kami. Segala pengiraan berlaku secara terus pada pelayar (browser) anda.


Nota Ikhlas Admin:

“Kami bina kalkulator ini untuk mudahkan hidup anda, bukan untuk buat anda pening kepala. Jika ada ralat atau pepijat (bugs), sila roger admin segera. Ingat, ukur baju di badan sendiri, jangan ukur gaji kat slip gaji kawan!”